Ahli perniagaan Malaysia John Soh Chee Wen dijatuhi hukuman penjara 36 tahun di Singapura kerana terlibat dalam kes manipulasi pasaran saham terbesar republik itu sehingga mengakibatkan kerugian S$8 bilion (RM27 bilion) pada 2013.
Media tempatan melaporkan bekas rakan kongsi Soh iaitu Quah Su-Ling turut dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.